Sup air asam dan daging bakar. Satu kombinasi makanan mengecurkan air liur

  • 2 min read
  • Dec 13, 2018

Kelantan satu bumi yang bertuah. Di sinilah syurga makanan di Malaysia. Kombinasi masakan Melayu dan Siam menjadikan makanan di sini amat enak dan sedap.

Salah satu makanan yang anda wajib cuba bila sampai di Kota Bharu Kelantan adalah set nasi putih + daging bakar + perut air asam. Semasa menulis ini saya dah kecur air liur terbayang keenakan menu ini.

Daging bakar perut air asam Danish

Sepanjang berada di Kelantan. Baru dua restoran saya cuba menu ini. Iaitu Restoran Danish Sup Air Asam dan restoran Kak Ti Pasar Lama. Kedua-dua tempat ini hidangannya amat sedap. Namun kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Restoran Sup Air Asam Daging Bakar Danish (DITUTUP)

Restoran ini menu utamanya adalah sup air asam dan daging bakar. Di restoran ini, air asam dia kaw dan daging bakar dia terbaik. Harga satu set nasi putih + perut air asam + daging bakar rm7 sahaja. Keistimewaan restoran ini adalah rasa daging bakar yang sempurna. Manakala air asamnya lebih kaw. Kekurangannya pula adalah portion daging bakar dan perut air asam yang sedikit.

Bagi mereka yang suka makan banyak. Set biasa tak mencukupi. Kena ambil set special yang berharga rm14. Set Special ini portion air asam dan daging bakar diberi double dan ditambah air sirap percuma. Restoran ini menang dari segi kesempurnaan rasa daging bakarnya.

Waktu operasi lebih kurang 10pagi hingga 6petang.

Lokasi Restoran:

Sup Air Asam Daging Bakar Danish
1878a, Jalan Dato Lundang, Kampung Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan
https://maps.app.goo.gl/c1BFM

Set air asam daging bakar Danish
Daging bakar sempurna
Air asam kaw

Restoran Kak Ti Pasar Lama

Restoran ini bernama Pasar Lama kerana asal restoran berada di Pasar MPKB Lama. Namun kini telah berpindah ke Jalan Hospital, Kampung Paya Bemban. Untuk pengetahuan pembaca Pasar Lama MPKB sudah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan. Di Pasar Lama ni banyak Port makan sedap-sedap. Semua gerai di situ sudah bertebaran ke tempat lain.

Menu sup air asam daging bakar di sini adalah amat berbaloi untuk semua. Set di sini berharga rm8 sahaja. Set adalah termasuk nasi putih + perut air asam + daging bakar + air sirap. Rasa makanan di sini juga sedap.

Kelebihan utama di sini adalah portion daging dan perut dia berbaloi. Makan satu set dah cukup kenyang tak perlu nak upgrade ke pakej special.

Sup Air asamnya cukup rasa, daging bakar pun sama. Sedap. Cuma kalau nak bandingkan dengan Danish, mungkin Danish lebih sempurna rasanya. Harga rm8 dengan potion banyak ni. Uish, berbaloi sangat.

Restoran ini dibuka pukul 8 pagi hingga 12 malam. Ditutup pada hari Jumaat.

Lokasi Restoran:

Kakti Pasar Lama MPKB
Pt 2431, Tingkat Bawah, Jalan Hospital, Kampung Paya Bemban, 15200 Kota Bharu, Kelantan
016-961 7486
https://maps.app.goo.gl/XNr4H

Hidangan di Kak Ti Pasar Lama MPKB
Sup perut air asam. Banyak lauknya
Daging bakar yang besar hirisannya
Air sirap percuma termasuk dalam set
Telur dadar tambahan. Rm3
Sup urat keting. Rm9. Jangan beli kalau tak nak menyesal.

Rumusan

Kedua-dua restoran ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau ditanya saya, restoran mana yang patut pergi? Saya akan bagi cadangan Restoran Kak Ti.

Namun kalau anda nak rasa daging bakar sempurna. Wajib pergi ke Danish. Tapi itu lah. Saiz potongan daging dia kecil. Kalau anda rasa nak ambil yang pakej special. Dipersilakan.

Anda tahu di mana lagi kedai atau restoran yang menjual menu di atas dengan rasa yang sedap dan berbaloi. Tinggalkan komen anda di bawah.

Related Post :

Tinggalkan komen anda