Aduh tajuk, macam tiada idea sahaja. Hehe. Okay hari ni saya akan kongsikan pengalaman perjalanan masuk ke sekolah di Pedalaman di Sarawak.
Untuk makluman saya alhamdulillah terpilih sebagai guru interim pendidikan Islam di SK Kampong Klid/Plajau, Dalat, Sarawak.
Sekolah ini berstatus Pedalaman 3 dan Sekolah Kurang Murid. Sekolah ini hanya dapat diakses melalui jalan sungai.
Kembali ke sekolah
Pada 30 Disember saya memulakan perjalanan menaiki AirAsia dari Kota Bharu pada pukul 11 malam. Sampai di Kuala Lumpur, tidur di surau Airport kerana Flight ke Sibu pada pukul 9.50pagi.
Sampai di Sibu, saya dan rakan menyewa Hotel. Kerana sudah terlambat untuk mengejar Speedboat. Untuk makluman, untuk sampai ke Dalat, iaitu pekan yang terdekat dengan Sekolah saya adalah melalui speedboat.
Kalau nak naik bas, amat jarang bas masuk sampai ke Dalat, biasanya bas hanya sampai ke Mukah. Di Mukah pula, amat sukar nak dapatkan pengangkutan awam untuk ke Dalat.
Jadi kalau anda nak ke Dalat, pastikan naik speedboat di Wharf Sibu.
Wharf Sibu
Speedboat ke Dalat
Saya dan sahabat saya keluar hotel sejak pukul 6.30 pagi kerana kami tak tahu Speedboat paling awal pukul berapa. Rupa-rupanya speedboat ke Dalat ada pukul 9 pagi. Trip seterusnya adalah pukul 12pm, 1pm, 2pm dan 2.30pm.
Walaupun masa bertolak waktu tersebut. Pastikan datang awal kerana kalau penumpang dah penuh speedboat akan terus bertolak.
Perjalanan speedboat ke Dalat mengambil masa lebih kurang 3 jam. Mengikut keadaan air pasang surut dan lain-lain perkara.
Masa kami naik speedboat tu, penumpang amat padat. Kerana cuti sekolah baru berakhir.




Pekan Dalat
Pekan Dalat adalah satu pekan kecil. Di sini sukar untuk mendapatkan pengangkutan awam. Tiada Grab, bas pun jarang masuk. Yang ada hanyalah van sapu atau van tambang. Van tambang pun hanya beroperasi sehingga 12pm.
Di sini hanya ada satu Inn, tiada tempat menarik di sini. Kedai di sini majoritinya tutup pukul 6pm. Kalau anda ingat ada mamak. Simpan dalam mimpilah.
Walaupun pekan Dalat ni agak muram, tapi dia ada permata tersembunyi. Tetapi itu saya akan kongsilah dalam catatan lain.
Perjalanan masuk pedalaman
Dari Dalat, saya tumpang cikgu sekolah untuk ke Kampung Medong. Kerana di sinilah perahu untuk perjalanan seterusnya ke sekolah.
Dari medong saya naik perahu dengan bot enjin 15 kuasa kuda. Biasanya perjalanan mengambil masa dalam 50 minit sahaja. Tetapi kerana barang banyak, perjalanan kali ini mengambil masa lebih satu jam.


Pesta Kaul
Semasa naik perahu. Kami terpaksa berhenti di tepi kerana pesta Kaul sedang berlangsung. Kami menunggu perarakan perahu selesai baru kembali meneruskan perjalanan. Kami berhenti sambil mengisi minyak perahu.




Selepas perarakan perahu berlangsung. Kami meneruskan perjalanan ke sekolah. Nasib kurang baik, hujan turun mencurah-curah. Habis basah kuyup. Di bawah saya kongsikan pemandangan sepanjang perjalanan ke sekolah.








Tiba di sekolah
Setelah lebih satu jam sakit urat dalam perahu. Akhirnya kami tiba di sekolah. Dan bermulalah tugasan untuk tahun 2019. Penuh dengan mesyuarat dan program.


Begitulah pejalanan masuk ke sekolah di pedalaman. Meletihkan tetapi penuh dengan pengalaman.
Saya pernah berkhidmat d sk Klid tahun 2006. Seronok & persekitaran yg segar. Semoga cikgu lebih bersemangat mendidik anak-anak disana.
Sekolah sy dulu ni… (1992-1997)
Semoga terus cemerlang cikgu..
Kawe msti bwk suami kawe kelik kpg ni. Biar dio tahu rupo kpg bini dio nun di dalat. Biar dio raso xdk line tepon xdk api xdk paip ?