Detik perjalanan ke sekolah P3 – SK Kampung Klid/Plajau

  • 2 min read
  • Jan 01, 2019

Aduh tajuk, macam tiada idea sahaja. Hehe. Okay hari ni saya akan kongsikan pengalaman perjalanan masuk ke sekolah di Pedalaman di Sarawak.

Untuk makluman saya alhamdulillah terpilih sebagai guru interim pendidikan Islam di SK Kampong Klid/Plajau, Dalat, Sarawak.

Sekolah ini berstatus Pedalaman 3 dan Sekolah Kurang Murid. Sekolah ini hanya dapat diakses melalui jalan sungai.

Kembali ke sekolah

Pada 30 Disember saya memulakan perjalanan menaiki AirAsia dari Kota Bharu pada pukul 11 malam. Sampai di Kuala Lumpur, tidur di surau Airport kerana Flight ke Sibu pada pukul 9.50pagi.

Sampai di Sibu, saya dan rakan menyewa Hotel. Kerana sudah terlambat untuk mengejar Speedboat. Untuk makluman, untuk sampai ke Dalat, iaitu pekan yang terdekat dengan Sekolah saya adalah melalui speedboat.

Kalau nak naik bas, amat jarang bas masuk sampai ke Dalat, biasanya bas hanya sampai ke Mukah. Di Mukah pula, amat sukar nak dapatkan pengangkutan awam untuk ke Dalat.

Jadi kalau anda nak ke Dalat, pastikan naik speedboat di Wharf Sibu.

Wharf Sibu

Speedboat ke Dalat

Saya dan sahabat saya keluar hotel sejak pukul 6.30 pagi kerana kami tak tahu Speedboat paling awal pukul berapa. Rupa-rupanya speedboat ke Dalat ada pukul 9 pagi. Trip seterusnya adalah pukul 12pm, 1pm, 2pm dan 2.30pm.

Walaupun masa bertolak waktu tersebut. Pastikan datang awal kerana kalau penumpang dah penuh speedboat akan terus bertolak.

Perjalanan speedboat ke Dalat mengambil masa lebih kurang 3 jam. Mengikut keadaan air pasang surut dan lain-lain perkara.

Masa kami naik speedboat tu, penumpang amat padat. Kerana cuti sekolah baru berakhir.

Suasana sesak dalam speedboat
Ni dah lega. Sebelum ni lagi sesak
Pemandu speedboat
Rupa speedboat

Pekan Dalat

Pekan Dalat adalah satu pekan kecil. Di sini sukar untuk mendapatkan pengangkutan awam. Tiada Grab, bas pun jarang masuk. Yang ada hanyalah van sapu atau van tambang. Van tambang pun hanya beroperasi sehingga 12pm.

Di sini hanya ada satu Inn, tiada tempat menarik di sini. Kedai di sini majoritinya tutup pukul 6pm. Kalau anda ingat ada mamak. Simpan dalam mimpilah.

Walaupun pekan Dalat ni agak muram, tapi dia ada permata tersembunyi. Tetapi itu saya akan kongsilah dalam catatan lain.

Perjalanan masuk pedalaman

Dari Dalat, saya tumpang cikgu sekolah untuk ke Kampung Medong. Kerana di sinilah perahu untuk perjalanan seterusnya ke sekolah.

Dari medong saya naik perahu dengan bot enjin 15 kuasa kuda. Biasanya perjalanan mengambil masa dalam 50 minit sahaja. Tetapi kerana barang banyak, perjalanan kali ini mengambil masa lebih satu jam.

Sampan penuh barang
Cikgu hipeny sedang menghidupkan enjin bot

Pesta Kaul

Semasa naik perahu. Kami terpaksa berhenti di tepi kerana pesta Kaul sedang berlangsung. Kami menunggu perarakan perahu selesai baru kembali meneruskan perjalanan. Kami berhenti sambil mengisi minyak perahu.

Minyak untuk bot
Suasana di perkampungan Medong
Perarakan perahu pesta Kaul
Penduduk kampung menunggu perarakan pesta Kaul

Selepas perarakan perahu berlangsung. Kami meneruskan perjalanan ke sekolah. Nasib kurang baik, hujan turun mencurah-curah. Habis basah kuyup. Di bawah saya kongsikan pemandangan sepanjang perjalanan ke sekolah.

Merenung masa depan
Hujan
Rumah penduduk. Jarang-jarang ada
Rumah burung walit
Pondok berteduh untuk kebun balau/rumbia
Basah kuyup kena hujan
Hujan majoriti sepanjang perjalanan
Kedai runcit atas bot atau dipanggil “bandung” oleh penduduk tempatan

Tiba di sekolah

Setelah lebih satu jam sakit urat dalam perahu. Akhirnya kami tiba di sekolah. Dan bermulalah tugasan untuk tahun 2019. Penuh dengan mesyuarat dan program.

SK kampung Klid/Plajau
Sudah sampai di Jeti/pintu masuk utama sekolah

Begitulah pejalanan masuk ke sekolah di pedalaman. Meletihkan tetapi penuh dengan pengalaman.

4 thoughts on “Detik perjalanan ke sekolah P3 – SK Kampung Klid/Plajau

  1. Saya pernah berkhidmat d sk Klid tahun 2006. Seronok & persekitaran yg segar. Semoga cikgu lebih bersemangat mendidik anak-anak disana.

  2. Kawe msti bwk suami kawe kelik kpg ni. Biar dio tahu rupo kpg bini dio nun di dalat. Biar dio raso xdk line tepon xdk api xdk paip ?

Leave a Reply to Mazwan Cancel reply

%d bloggers like this: