Jika disebut etak atau “etok” dalam bahasa Kelantan, pasti ramai tidak tahu apakah ia? Etak merupakan sejenis haiwan kerang-kerangan yang banyak mendiami sungai. Ia adalah satu hidupan air tawar.

Etak digemari oleh masyarakat Kelantan, Terengganu dan sebahagian kecil rakyat Pahang. Namun ia paling popular di Negeri Kelantan.
Etak yang biasanya disalai dimakan sebagai makanan ringan seperti kuaci dan kacang. Namun ada juga yang memakannya dengan nasi putih. Selain dimasak secara salai, etak juga boleh dimasak secara jemur matahari dan masak gulai lemak. Namun masakan jenis ini amat jarang dijumpai.

Etak Kelantan
Untuk makluman, etak amat sukar didapati di negeri Kelantan kerana rakyat negeri ini amat menyukai etak selain sungai yang semakin tercemar dengan pembangunan. Etak asli Kelantan biasanya berwarna kuning dan kulitnya menirus tidak gemuk seperti etak di dalam gambar.
Etak yang dijual di Kelantan adalah diimport dari negeri Perak, Pahang dan dari Selatan Thailand. Etak jenis ini berwarna hitam dan berbentuk bulat.
Sukatan etak
Etak banyak dijual di pasar-pasar dan di gerai-gerai di tepi jalan. Etak salai yang dijual tidak akan sama rasanya kerana setiap etak dibuat dengan resepi tradisi masing-masing.
Etak tidak dijual dengan sukatan timbang, tetapi dijual dengan penyukat. Penyukat yang dimaksudkan adalah “kopi”, “leng” dan “cupak”. Harga kebiasaan bagi satu kopi adalah RM3, satu leng RM6 dan satu cupak RM12. Satu leng adalah bersamaan dua kopi. Dan satu cupak adalah bersamaan dua leng.
Namun majoriti rakyat Kelantan keliru antara leng dan cupak. Mereka beranggapan sukatan leng itu adalah cupak. Hanya orang lama sahaja tahu perkataan leng dan kopi ini.

Etak sedap Kelantan
Banyak peniaga yang menjual etak di Kelantan. Namun di bawah adalah tempat etak yang paling sedap bagi saya. Etak yang dijual adalah segar-segar. Biasa kalau di pasar kurang segar. Jom kita tengok di mana tempat jualan etak sedap tersebut
Etak Kampung Mekasar, Pasir Mas.
Di sini adalah tempat menjual etak yang paling popular. Dan paling ramai menjual etak di satu-satu tempat. Perlu diingat, bukan semua gerai etak di sini sedap. Hanya beberapa gerai yang berbaloi nak beli. Pilihan penulis adalah gerai di tepi tali air depan sekolah.
Penjualnya pula berkulit putih seperti albino. Tempat tu paling sedap. Jangan keliru kulit putih albino asli dan bedak. Ramai jugak yang pakai bedak putih melepak. Tak tahulah sebab apa dia pakai macam tu. Dalam gambar di bawah tidak ada gambar gerai yang penulis maksudkan kerana masa ni gerai tersebut dah tutup atau tidak buka.
Lokasi Etak Mekasar:
https://goo.gl/maps/XgtMPq7Pbu22
Etak di sini bagi penulis biasa-biasa sahaja. Tapi boleh cuba. Tempat ini adalah pilihan ketiga penulis nak membeli etak salai.



Etak Kok Keli, Tumpat.
Etak di sini amat popular. Ikut maklumat yang saya dapat. Etak di sini dieksport ke Kuala Lumpur setiap hari untuk dijual di sana. Menarik bukan. Etak di sini rasanya amat menarik. Rempahnya melekat di kulit etak. Rasanya rempahnya kuat dengan rasa bawang putih. Etak di sini adalah pilihan kedua saya.
Gerainya terletak berdekatan dengan padang perkhemahan pengakap. Ketika saya datang untuk membeli. Gerai etak ini sudah tutup kerana kehabisan stok. Gerai ini dibuka bermula 9.30 pagi lebih kurang dan biasanya pukul 12 tengahari dah habis.
Lokasi etak Kok Keli:
https://goo.gl/maps/g7BDYPGqzby

Etak Palekbang, Tumpat.
Etak di sini adalah pilihan utama saya. Rasa etak di sini amat sedap. Tapi amaran keras. Etak di sini adalah lebih masin berbanding etak-etak di atas. Rempah etak di sini amat sedap. Rasa serai amat kuat dalam etak di sini. Kelebihan utama etak di sini. Jika hari panas terik. Ada juga etak jemur. Etak jemur adalah etak paling sedap. Berbanding dengan salai.
Di Palekbang ada dua atau tiga gerai jual etak. Gerai yang saya maksudkan bukan gerai di cabang tiga ataupun gerai di tepi sawah. Gerai ini berada di tepi tali air. Anda perlu mengambil simpang ke Kampung Laut untuk sampai ke gerai ini.
Lokasi Etak Palekbang:
https://goo.gl/maps/GSeVv2rg96m


Penutup
Etak adalah satu makanan eksotik masyarakat Kelantan. Namun makanan ini tidak boleh dimakan secara berlebihan kerana kemasinannya. Kalau anda ada darah tinggi dan buasir. Elakkan makanan ini.
Apapun etak adalah makanan wajib bagi saya seminggu sekali kalau berada di Kelantan.
Satu tip membeli etak, kalau nak beli etak. Beli pada hari Jumaat dan pada 15 dan 30 hari bulan bulan Melayu. Kerana isi etak pada hari itu lebih penuh dan lemak berkrim. Cubalah.
Fuhh.. lama tak makan etak. Nanti bro belanja yer.. hihi
Awak bila nak belanja ye
Fuhh.. lama tak makan etak. Nanti bro belanja yer.. hihi
Awak bila nak belanja ye