Mee Celup Sedap Kelantan

  • 2 min read
  • Dec 04, 2018

Kalau datang Kelantan tidak sah kalau tidak pekena mee celup. Terdapat berpuluh-puluh kedai yang menjual mee celup. Namun hanya beberapa kedai sahaja yang berbaloi untuk dicuba.

Mee celup makanan import dari siam. Tetapi menjadi satu makanan rutin rakyat Kelantan sejak dari dulu. Biasanya dimakan waktu tengahari dan petang setelah balik dari kerja.

Pada cuti sekolah Disember 2018, saya berpeluang mencuba satu kedai mee celup yang rasanya amat waw. Sedap yang amat. Kedai ini tidak bernama tetapi berada di Kampung Tunjong, Ketereh. Kedainya berada di hadapan Pasaraya Ekonomi DZ Smart, sebelah kanan sedikit. Satu keistimewaan di sini, mana-mana hidangan anda boleh order teh o beng secara percuma.

Lokasi kedai:

Mee Celup Teh O Beng Free
16010 Kota Bharu, Kelantan
https://maps.app.goo.gl/vJrru

Bahagian hadapan kedai Mee celup tunjong

Di kedai Mee Celup Kampung Tunjong ini, pelbagai menu mee/bihun/Maggi celup disediakan. Namun yang paling best adalah Mee/Bihun/Megi celup Special.

Mee dan megi celup special

Di dalam menu ini, dimasukkan telur separuh masak, ayam, daging dan fishball. Rasanya pulak marvellous. Rugi bagi mereka yang tak pernah rasa.

Megi celup special owner tunjongprima.com

Saya makan bersama kawan saya pemilik tunjongprima.com iaitu kontraktor bina rumah di atas tanah sendiri. Kalau ada yang berminat nak buat rumah berkualiti dan puas hati. Lawat lah laman web di atas. Beliau makan megi celup Special manakala saya pula makan Mee celup Special. Gambar mee celup di bawah ini diambil bila dah makan suku dah. Lupa nak snap makanan sendiri. Tengoklah lauknya mewah bukan.

Mee Celup dah hampir separuh makan baru nak ambil gambar

Rasa mee celup ni memang kaw-kaw. Cukup rasa dan kena dengan selera. Telur separuh masak dia pula, aduhhh. Cair di dalam mulut. Sedar tak sedar habis sekejap sahaja Mee celup ni. Licin.

tu dia, licin terus

Mee celup ni hanya ada di Kelantan dan Thailand sahaja. Di Kedah saya tak pasti, ada juga tapi jenis dia lain.

Balik Sarawak nanti mengidam lah nampaknya. Ingatkan nak makan dua mangkuk, tapi fikirkan tubuh dah makin berisi, batalkan je lah niat tu.

Owh, sebelum lupa, harga mee celup Special ni rm6.90 sahaja. Agak mahal bagi kebanyakan orang, tapi berbaloi dengan lauk dan rasa yang amat enak menjilat garfu.

Setakat ini sahaja celoteh pada hari tulisan kali ini. Kita jumpa lagi dalam catatan seterusnya.

Terima kasih kepada pemilik tunjongprima.com kerana belanja Mee celup yang awesome ini.

Owner tunjongprima.com

Related Post :

Tinggalkan komen anda