[email protected] Telur Sotong. Antara dua darjat!

  • 2 min read
  • Dec 30, 2018

Siapa dalam kalangan rakan-rakan saya pernah makan megi telur sotong? Siapa yang pernah makan mesti teringat akan keenakannya kan?

Dalam pos kali ini, saya nak kongsi kan cerita dua kedai yang menjual megi telur sotong. Kedua-duanya berada di kawasan yang sama. Tetapi agak jauh.

Megi telur sotong campur sotong

Megi Telur sotong terlebih halal

Hebat kan tajuknya. Ni cerita masa hujung tahun 2017 kalau tak silap. Saya bersama rakan pergi ke Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

Nak dijadikan cerita kami mengidam nak makan megi telur sotong. Kami pergi ke sebuah gerai di tepi pantai. Kedai tu biasa-biasa sahaja. Kami order megi telur sotong campur sotong. Kira special la.

Style kami makan, kami tak tanya harga dulu. Jadi kami order dua megi telur sotong campur sotong. Satu biji air kelapa dan satu gelas air manis, lupa air apa.

Masa nak bayar. Fuhhh. Rm60 lebih. Memang halal betul. Siap dengan kami tuan kedai sembelih nak bagi halal.

Kedai ni lauk dia banyak la. Tapi rasa biasa, tak mengidam nak makan kalau rasa sekali. Tambah lagi dengan kena sembelih. Lagi lah kami ban kedai tu.

Megi Telur Sotong Power

Yang ni kedai megi telur sotong yang kalau datang sekali. Pasti mengidam nak datang lagi. Kedai ini berada berdekatan Kem Kijang Pantai Cahaya Bulan. Kedainya bukan kedai tepi pantai. Jauh sikit dari pantai.

Nama kedai ini D’Syaz Cafe Maggi Ketam. Jalan PCB. Dia berada di Jalan PCB.

D’Syaz Cafe Maggi Ketam
Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu, Kelantan
013-943 5050
https://maps.app.goo.gl/anR5q

Rupa hadapan kedai.

Di sini makanan istimewanya adalah Maggi Ketam Nipah. Namun saya tak rekemen kerana harganya. Tapi kalau nak rasa kaw kuah dia. Kena pilih megi telur sotong atau megi udang besar.

Rasa kuah dia memang lain dari yang lain. Pekat dan sedap. Menjilat garfu. Saya boleh bagi 3.8 bintang dari 5 bintang. Harga Megi telur sotong di sini adalah rm8 sahaja.

Megi Telur sotong campur sotong rm13. Manakala megi udang hanya rm10. Makan sekali di sini pasti nak repeat lagi.

Maggi Telur sotong campur sotong kaw
Maggi Telur sotong campur sotong kaw
Maggi udang
Maggi udang

Puas hati

Secara keseluruhannya Megi telur sotong di D’Syaz Cafe memang terangkat.sepanjang cuti sebulan ni saya dua kali ke sana untuk menikmati megi telur sotong yang menyelerakan.

Pak Do Afifi dari duniabisnes.com sedang menikmati megi telur sotong
Pak Do Afifi dari duniabisnes.com sedang menikmati megi telur sotong

Sedap memang sedap. Tapi kalau asyik makan megi jer. Bahaya jugak. Pandai-pandai lah jaga kesihatan dengan topup sendiri sayur dan makanan berkhasiat lain.

Jumpa lagi dalam pos akan datang.

Related Post :

Tinggalkan komen anda