Sebagai guru pendidikan Islam di SK Kg Klid/Plajau. Keperluan murid Pendidikan Islam adalah menjadi keutamaan. Sekolah ini berstatus Sekolah Kurang Murid dan Pedalaman P3.
Murid Islam di sekolah ini pada tahun 2019 adalah 8 orang daripada 41 orang murid bagi aliran Perdana. Manakala untuk Pra Sekolah adalah 3 orang daripada 13 orang murid.

Untuk subjek pendidikan Islam. Pelajar Islam akan belajar di dalam bilik agama. Bilik agama ini digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti belajar, mengaji al-Quran dan solat fardu.
Keperluan Bilik Agama
Disebabkan bilik agama digunakan untuk pelbagai aktiviti. Maka perabot seperti meja dan kerusi besar biasa (yang disediakan pihak sekolah) adalah tidak efektif kerana memakan ruang.



Untuk 3 bulan pertama saya di sini. Pelajar belajar dan menulis di atas lantai sahaja. Maka timbul lah idea untuk membeli meja Jepun untuk kegunaan mereka.
One Stop Mukah
Bermulalah pencarian meja Jepun tersebut. Dan meja yang sesuai dijumpai di One Stop Mukah, di hadapan Pasaraya Everwin Mukah. Meja ini berharga RM22.90 sebuah.


Untuk kali pertama saya beli dahulu 3 buah meja. Bila dibawa balik ke sekolah. Penggunaan meja tersebut amat efektif dan selesa. Maka mulalah saya mencari dana untuk beli lagi 6 biji meja.
Sumbangan Meja Belajar
Saya bernasib baik kerana saya mempunyai pelbagai “Circle” kawan-kawan. Antara circle tersebut adalah circle Bisnes. Saya hanya iklankan untuk dapatkan dana bagi pembelian meja tersebut.
Dalam masa sehari sahaja dana sudah cukup untuk membeli 6 buah meja tersebut. Maka pada minggu berikutnya, saya membeli 7 buah meja termasuk 1 untuk kegunaan peribadi (duit sendiri).



Alhamdulillah, pelajar kini belajar dengan selesa sekali. Lihatlah keceriaan mereka menerima meja-meja ini. Keceriaan ini tidak akan menipu. Semoga mereka menjadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat.








Ucapan Terima Kasih
Pelajar-pelajar SK Kampung Klid/Plajau amat berterima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh penderma budiman semua. Semoga tuan dimurahkan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan.





Sumbangan untuk SK Nanga Entabai Julau
Rakan guru Pendidikan Islam di SK Nanga Entabai juga mempunyai isu yang sama. Alhamdulillah, ada hamba Allah yang bermurah hati untuk menyumbangkan untuk 5 buah meja.
Meja di sini harganya murah sedikit kerana sekolah itu dekat dengan Sibu. Harga meja dalam rm20 sahaja.
Alhamdulillah, apabila meja tersebut sampai di sekolah tersebut. Saya akan update gambarnya.




Alhamdulillah, meja kini dah sampai ke sekolah. Berikut adalah gambar-gambar keceriangan di sekolah mereka.
Semoga jumpa lagi dalam artikel akan datang