Pocophone F1 – telefon pintar paling berbaloi di dalam pasaran

  • 2 min read
  • Dec 05, 2018

Pocophone F1 adalah satu jenama telefon pintar yang semakin menjadi sebutan ramai. Dengan spesifikasinya yang berkuasa tinggi setanding dengan telefon flagship dari jenama lain seperti Samsung Note 9, Google Pixel 3 dan Huawei Mate 20.

Pocophone adalah satu sub-jenama di bawah Xiaomi. Tujuan asalnya adalah untuk menyaingi pasaran telefon OnePlus. Tetapi kini menjadi rebutan semua orang.

Mula dilancarkan di India dan Eropah pada Ogos 2018. Kini Pocophone F1 sudah berada di Malaysia. Dengan harga di bawah RM1500, Pocophone menawarkan spesifikasi yang menarik.

Berkebetulan 2 minggu sebelum cuti sekolah Disember 2018. Telefon pintar saya yang digunakan hampir 3 tahun lebih, iaitu Asus Zenfone 2 5.5. Telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Langsung tidak boleh dibuka. Terpaksalah mencari telefon pintar yang setanding dengan prestasinya.

Survey punya survey akhirnya dapatlah saya buat keputusan dengan tetap, telefon seterusnya adalah Pocophone F1. Tanggal 24 November 2018. Setelah sampai dari Sarawak terus bergegas ke Mulqeen Technology. Setelah dua minggu tiada telefon. Akhirnya Pocophone F1 singgah di tangan.

Dengan spesifikasi 6GB Ram, Snapdragon 845, dan ROM 128GB. Telefon ini adalah telefon yang amat berkuasa. Gambar di bawah adalah Pocophone milik Cikgu Faris dari thengaji.com

Bahagian belakang pocophone
bahagian hadapan pocophone
Bahagian sisi pocophone

Kelebihan Pocophone F1

Prestasi yang awesome

Dengan chipset Snapdragon octa-core 845, GPU Adreno 630, RAM 6GB. Gaming tidak menjadi sebarang masalah. Nak main Mobile Legend, Pubg dan Ragnarok max grafik setting, tiada masalah. Nak buat kerja pejabat boleh. Nak bisnes online pun boleh. Tanpa adanya lag dan slow. Telefon ini dicipta untuk prestasi.

Kamera yang mengagumkan

Bab kamera ni susah nak cerita, sebab saya tidak mementingkan kamera semasa nak beli telefon ini. Saya hanya pentingkan prestasi. Tapi kamera ni memang awesome. MKBH iaitu reviewer popular ada melakukan kajian. Telefon PocoPhone berada di tempat kedua selepas Huawei Mate 20 dari segi kualiti gambar. Lihat dalam link di bawah dan gambar-gambar yang diambil melalui pocophone F1

Motosikal di dalam hujan
Suasana langit yang gelap
Cik Tam dan Oyen
Menara masjid pintu geng
Padang bola digenangi air

Storan yang besar

Storan dalaman yang besar, anda tidak perlu risau kena buang aplikasi yang anda perlukan dalam telefon anda. Game, Sosial dan Kerja. Semuanya boleh disumbat dalam Pocophone F1.

Dah pasang macam-macam, tapi masih banyak ruang kosong

Fast charging & Bateri tahan lama

Pocophone F1 boleh dicas dengan fast charging 3.0. Tetapi mengikut pemberitahuan qualcom, telefon pocophone ini disokong dengan teknologi fast charging 4.0. Mengikut pengalaman dalam masa sejam bateri sudah penuh. Dengan kapasiti masa dicas 20%. Kapasiti bateri juga amat besar. Bateri boleh bertahan satu hari tanpa perlu dicas semula. Jika main Mobile Legend, boleh bermain lebih dari 10 game kompetitiv sebelum bateri kehabisan.

Kelemahan PocoPhone F1

Skrin kurang responsif

Jika anda main pubg atau mobile legend. Anda akan dapat rasa bahawa skrin ini kurang responsif. Dia akan menyebabkan permainan anda kurang memuaskan. Dilaporkan dalam forum-forum di seluruh dunia bahawa pocophone mempunyai masalah ghost touch.

Statistik Mobile Legend penulis

Reka bentuk tidak lawa

Kelemahan paling ketara adalah dari segi Design. Dengan rekaan plastik jenis lama. Ianya amat tidak menarik. Namun banyak casing yang lawa-lawa dijual dalam shopee atau lazada untuk menutup kelemahan ini

Cover pocophone yang dijual dalam shopee

Tiada NFC dan wireless charging

Bagi peminat pembayaran dan pengecasan tanpa wayar menggunakan telefon pintar. Fungsi itu tiada dalam telefon ini. Jadi telefon ini bukanlah untuk anda.

Ulasan

Walaupun harga PocoPhone dalam lingkungan RM1500 ke bawah. Dan kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk membelinya. Tetapi berbanding dengan spesifikasinya yang berbaloi. Ia adalah satu pelaburan yang amat menguntungkan. Anda boleh menggunakan telefon ini untuk pelbagai urusan tanpa risau dengan kekangan prestasi telefon.

Ringkasannya telefon ini adalah untuk golongan pertengahan. Tetapi prestasinya seperti telefon golongan bangsawan.

Tinggalkan komen anda