Pusat rawatan sakit belakang Kelantan: katil urut haba CERAGEM

  • 2 min read
  • Dec 07, 2018

Bagi mereka yang mempunyai masalah sakit ataupun lenguh-lenguh tulang belakang. Berkemungkinan anda mempunyai masalah slip disk ataupun masalah saraf tersepit. Anda pastinya ingin mencari penyelesaian masalah anda.

Terdapat sebuah pusat rawatan tulang belakang di Kota Bharu yang menggunakan katil urut CERAGEM. Bagi mereka yang biasa ke pusat CERAGEM. Anda terpaksa menunggu lama. Namun di pusat ini, anda boleh menggunakan katil tersebut dengan kadar RM10/jam sahaja.

Hadapan pusat rawatan tulang belakang

Pusat rawatan ini berada berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 4 di Kota Bharu. Di kampung Guchil. Di bawah diberikan alamat pusat rawatan tersebut.

Pusat rawatan tulang belakang, Kampung Guchil, 15200 Kota Bharu, Kelantan

https://goo.gl/maps/qJ4Bn6vvzY62

Katil CERAGEM

Pusat rawatan ini menggunakan katil CERAGEM iaitu sejenis katil urutan tulang belakang berhaba. Pengalaman menggunakan katil ini menjadikan lenguh-lenguh dan sakit belakang hilang.

Harga katil ini agak mahal. Tapi buat apa nak beli kalau kira boleh datang berurut di sini. Urutan dengan katil ini dapat melancarkan perjalanan darah dan menjadikan tubuh kita berpeluh-peluh kerana kepanasannya.

Katil urutan haba

Pusat rawatan tulang belakang automatik berhaba ini dibuka setiap hari bermula 8 pagi sehingga 10 malam. Setiap sesi urutan memakan masa 1 jam.

Pintu hadapan

Pusat rawatan tulang belakang ini menyediakan 8 buah katil CERAGEM dan mempunyai halangan bagi membezakan kawasan lelaki dan perempuan.

Katil bahagian lelaki
Katil bahagian wanita
Hadangan bahagian lelaki dan wanita

Persediaan rawatan

Untuk menggunakan katil di sini. Anda digalakkan memakai pakaian serba putih. Kerana mengikut pemilik pusat rawatan. Warna putih akan memaksimumkan penerimaan haba ke dalam tubuh.

Anda juga digalakkan untuk membawa cadar dan selimut putih sendiri kerana cadar dan selimut di sini digunakan oleh ramai orang. Bekas peluh pesakit lain biasanya ada di situ walaupun dah kering. Kalau anda individu yang tak kisah, tak mengapa.

Pandangan

Bagi saya, katil di sini memang Best. Selain dapat melegakan sakit belakang. Ia juga membantu melancarkan perjalanan darah di dalam badan.

Datanglah bawa ayah emak untuk mendapatkan rawatan di sini. Insyaallah amat berbaloi dengan hanya rm10 sahaja.

Hanya rm10 sejam

Tinggalkan komen anda