Jika anda fikirkan jersi sukan untuk pasukan bola atau apa-apa acara sukan sekolah. Rantau Panjang adalah tempat yang wajib anda kunjungi.
Di sini disediakan pelbagai jersi dengan corak dan Design yang menarik. Saya berkunjung ke Rantau Panjang untuk menemani sahabat saya untuk membeli jersi bagi pasukan bola sekolahnya.

Pelbagai jenis dan corak
Di sini terdapat pelbagai jenis jersi dan corak. Juga terdapat jersi copy ori. Bagi pelajar sekolah pula, terdapat jersi baju berserta seluar dengan corak pelbagai. Harga bermula RM15 untuk full set. Untuk set berkualiti pula harga bermula RM18 satu set.





Harga yang murah
Selain corak yang pelbagai, harga jersi juga murah-murah. Terutama kalau nak memborong. Jersi dewasa harganya bermula rm25 bagi jersi copy. Terdapat pelbagai jenis kualiti baju jersi disediakan di sini. Anda pasti rambang mata.
Dinasihatkan untuk datang waktu hari bukan cuti. Kerana biasanya hari cuti harganya agak tinggi. Biasalah high demand season.



Cepat siap
Kalau anda nak cetak nombor, logo dan nama di jersi anda. Kebanyakan kedai boleh siapkan dalam masa sehari sahaja. Bergantung kepada kuantiti tempahan.
Cetakan yang dilakukan juga berkualiti tinggi. Corak tulisan nombor dan nama di jersi juga banyak pilihan.


Rumusan
Kalau anda nak pergi ke Rantau Panjang. Pastikan bawa duit yang secukupnya. Kerana anda pasti rambang mata.
Paling berbaloi kalau anda pergi ke sana untuk membeli jersi pasukan sekolah, kelab dan persatuan. Harganya pasti memukau. Jom datang ke Rantau Panjang.


kena belanjo kawe selai jesi
Mai pitis. Haha
kena belanjo kawe selai jesi
Mai pitis. Haha