VPS termurah dengan spesifikasi terbaik 2020

  • 2 min read
  • Mar 29, 2020
vps murah 2020

Bagi pemilik laman web produktif dan mempunyai pelawat yang ramai. Mereka tidak menggunakan shared hosting biasa. Namun mereka biasanya menggunakan VPS atau Dedicated Server.

Tempat biasa kita beli VPS adalah melalui Digital Ocean, Vultr ataupun Linode. Harga yang mereka tawarkan bermula dengan 5 USD sahaja sebulan atau dengan harga 60 USD setahun, itu adalah spesifikasi paling rendah.

Antara pilihan lokasi VPS yang paling dekat di Malaysia biasanya adalah di Singapura. VPS Malaysia pun ada tetapi agak mahal sedikit, yang murah pun ada, biasanya yang jual secara sendirian berhad.

VPS Murah 2020

Semasa saya buat sedikit kajian tentang VPS dengan harga dan spesifikasi. Akhirnya terjumpa satu syarikat yang menawarkan VPS Murah yang hampir tak masuk dek akal. Mula-mula agak skeptik dan tidak percaya. Tapi bila dicari sana sini, syarikat ini adalah syarikat yang sebenar dan sudah beroperasi lebih 8 tahun. Wow.

Review yang diterima juga tidak kurang hebat juga. Kenapa selama ini tak pernah nampak syarikat ini. Syarikat yang saya maksudkan adalah SSDNODES. Spesikasi dan harga memang tak masuk akal. Kalau anda berminat sila beli melalui link saya ye. Boleh la minum kopi secawan dua.

vps murah singapura malaysia

Tengok harga dan spesifikasi. Memang tak masuk akal kan. Harga yang ditawarkan di atas adalah untuk tempoh 3 tahun, maksudnya bayar terus 3 tahun. Baru dapat harga tu. Kalau setahun harga tinggi sedikit tapi masih berbaloi.

Selain server yang menggunakan SSD biasa, ia juga menawarkan server dengan spesifikasi SSD NVME. Harga pun tidak banyak beza. Sila rujuk maklumat di bawah.

VPS High Perfomance

Harga yang dinyatakan adalah harga PROMOSI, harga sebenar saya tidak pasti. Mungkin boleh semak sendiri di laman web mereka sendiri di SSDNODES.

Sambar peluang yang ada

Jika anda mempunyai ramai klien terutama pembangun laman web. Saya amat rekemen server ini. Anda pasang pula dengan Cyberpanel. Pergh. Jimat banyak.

Video di atas adalah tutorial memasang VPS di Digital Ocean, tapi boleh gunakan di SSDNODES. Proses pembelian pula memang terbaik. Server terus berjalan dalam beberapa saat pembelian dibuat. Jangan lepaskan peluang ini selagi harga promosi ini berjalan. Jom riki-riki di SSDNODES.

BONUS:

Benchmark VPS Spesifikasi 32GB RAM / 320GB NVMe storage / 8 vCPU / 16TB transfer.

Dengan perbandingan baseline:

https://browser.geekbench.com/geekbench3/compare/8857835?baseline=2985655

Tanpa Perbandingan baseline:

https://browser.geekbench.com/geekbench3/8857835

UPDATE:

Setelah beberapa VPS digunakan di SSDNODES. Saya perasan yang dia tak benarkan utilise full CPU. Jadi kalau web anda guna banyak CPU, sila gunakan di tempat lain.

Related Post :

4 thoughts on “VPS termurah dengan spesifikasi terbaik 2020

    1. Mungkin. Saya pakai x banyak. So speed maintain. Untuk heavy usage mungkin tak sesuai. Web ni host di vps ni.

    2. Mungkin, tapi saya punya pilih server singapore. sekarang lepas beberapa tahun baru perasan bila nak renew harga melambung.

Tinggalkan komen anda

%d bloggers like this: