WordPress Versi 4.9
WordPress mengalami pertumbuhan yang amat pesat. Baru sahaja WordPress versi 4.8 dilancarkan. Kini versi 4.9 dikhabarkan akan dilancarkan pada 14 November 2017. Namun, apakah yang menarik sangat dengan versi 4.9 ini? Jom kita lihat satu persatu.
Mengedit, menyimpan dan menjadualkan perubahan tema
Jika sebelum ini, jika anda melakukan sebarang perubahan pada tetapan tema. Anda perlu menerbitkan untuk menyimpan tetapan tersebut.
Di dalam versi 4.9, anda boleh mengubah tetapan tema dan menyimpan sebagai draf tanpa menerbitkan perubahan tersebut.

Selain itu, anda anda juga boleh menunjukkan pratonton tetapan baru anda kepada rakan anda dengan memberikan url pratonton yang disediakan.

Anda juga boleh menetapkan masa bila perubahan tetapan tema anda diterbitkan kepada umum.

Galeri Widget
Dalam versi kemaskini 4.9 ini. Disediakan galeri gambar untuk widget secara terbina dalam. Jika sebelum ini anda perlu memasang pemalam tertentu untuk menunjukkan galeri dalam widget anda. Kini tidak lagi.

Butang tambah media dalam Widget Teks
Perkara yang paling leceh menggunakan widget teks adalah jika anda ingin memasukkan gambar ke dalam widget teks, anda perlu mendapatkan url media dan masukkan kod html secara manual. Dengan kemaskini 4.9. Semudah klik butang media sahaja gambar anda boleh dimasukkan ke dalam widget teks.

Dan beberapa perubahan lagi
Beberapa perubahan lain adalah kemudahan dalam memasukkan kod css. Namun tidak diterangkan di sini kerana bukan kepakaran saya.
WordPress semakin hari semakin baik. Saya masih ingat lagi beberapa tahun yang lepas semasa wordpress ini masih tidak sepopular joomla. WordPress hanyalah untuk kegunaan blog. Kini wordpress meroket jauh meninggalkan pesaing-pesaingnya dalam kategori CMS. Semoga WordPress semakin maju, hidup WordPress!
Ini adalah artikel terjemahan dari WpBeginner – Artikel asal di sini
Saya tak pakai sangat pun theme customizer ni sejak ia diperkenalkan.
Sebab slalunya edit child theme je.
🙂